Monday, November 2, 2009

Imam Bonjol (Peto Syarif)

Menurut Wikipedia, Tuanku Imam Bonjol dilahirkan di Bonjol, Pasaman, Indonesia pada tahun 1772. Beliau kemudiannya meninggal dunia di Manado, pada 6 November dalam usia 92 tahun dan dimaqamkan di Khusus Lotak, Minahasa.

Tuanku Imam Bonjol bukanlah seorang Minahasa. Dia berasal dari Sumatera Barat, 'Tuanku Imam Bonjol' adalah sebuah gelaran yang diberikan kepada guru-guru agama di Sumatra. Nama asli Imam Bonjol adalah Peto Syarif bin Pandito Bayanuddin.

Dia adalah pemimpin yang paling terkenal dalam gerakan dakwah di Sumatera, yang pada mulanya menentang perjudian, laga ayam, penyalahgunaan dadah, minuman keras, dan tembakau, tetapi kemudian mengadakan penentangan terhadap penjajahan Belanda yang memiliki semboyan Gold, Glory, Gospel sehingga mengakibatkan perang Padri (1821-1837) yang banyak membantu gerakan kemerdekaan Indonesia.

Mula-mula ia belajar agama dari ayahnya, Buya Nudin. Kemudian dari beberapa orang ulama lainya, seperti Tuanku Nan Renceh. Imam Bonjol adalah pengasas negeri Bonjol. Pertentangan kaum Adat dengan kaum Paderi atau kaum agama turut melibatkan Tuanku Imam Bonjol. Kaum paderi berusaha membersihkan ajaran agama islam yang telah banyak diselewengkan agar dikembalikan kepada ajaran agama Islam yang murni. Golongan adat yang merasa terancam kedudukanya, mendapat bantuan dari Belanda.

Namun gerakan pasukan Imam Bonjol yang cukup tangguh sangat membahayakan kedudukan Belanda. Oleh sebab itu Belanda terpaksa mengadakan perjanjian damai dengan Tuanku Imam Bonjol pada tahun 1824. Perjanjian itu disebut 'Perjanjian Masang'. Tetapi dilanggar sendiri oleh Belanda dengan menyerang Negeri Pandai Sikat. Pertempuran-pertempuran berikutnya tidak banyak bererti, kerana Belanda terpaksa mengumpul kekuatanya terhadap Perang Diponogoro.

Tetapi setelah Perang Diponogoro selesai, maka Belanda mengerahkan pasukan secara besar-besaran untuk menaklukan seluruh Sumatra Barat. Imam Bonjol dan pasukanya tidak mahu menyerah dan dengan gigih membendung kekuatan musuh. Namun kekuatan Belanda sangat besar, sehingga satu demi satu daerah Imam Bonjol dapat direbut Belanda. Tetapi tiga bulan kemudian daerah Bonjol dapat direbut kembali oleh Imam. Ini terjadi pada tahun 1832.

Maka Belanda kembali mengerahkan seluruh kekuatan pasukannya yang besar. Tidak ketinggalan Gubernor Jenderal Van den Bosch ikut memimpin serangan ke atas Bonjol, tetapi gagal juga.

Ia mengajak Imam Bonjol berdamai dengan maklumat "Palakat Panjang", walaupun menambah kecurigaan Tuanku Imam. Imam Bonjol tidak mahu berdamai, meski kedudukan beliau bertambah sulit. Tiga kali Belanda mengganti panglima perangnya untuk merebut Bonjol, sebuah negeri kecil dengan benteng dari tanah liat.

Setelah tiga tahun dikepung, barulah Bonjol dapat dikuasai, iaitu 16 Ogos 1837. Kemudian diasingkan di beberapa tempat, akhirnya dibawa ke Minahasa sehingga meninggal dunia.

No comments: